Wednesday, August 2, 2017

Perasaan Mengemudi?

Asalnya memandu itu menyeronokkan dan adakalanya memberikan kebahagiaan disebabkan dengan memandu seseorang itu akan dikera untuk sentiasa peka dengan banyak perkara. Pancaindera hendaklah sentiasa berfungsi dan begitu juga panca dalaman yang melibatkan emosi dan perasaan seseorang pemandu hendaklah sentiasa damai. Seorang yang memandu pasti akan tahu ke mana atau ke tempat apakah destinasinya. Gabungan-gabungan ini, memerlukan si pemandu untuk bersedia dengan kemahiran dan juga dengan pengetahuan berkaitan pengemudian (pemanduan) agar dia dapat sampai ke tempat tujuannya. Bagi mereka yang memandu tanpa arah tujuan, agak-agaknya kenapa dan mengapa mereka perlu memandu.

 Namun begitu, kesemua ini turut dipengaruhi oleh jenis kenderaan yang dipandu dan juga beberapa faktor persekitaran. Terdapat pelbagai jenis kenderaan dari yang mampu milik hinggalah kenderaan berkelajuan tinggi, dan ada juga kenderaan dengan tujuan tertentu. Faktor persekitaran pula seperti keadaan jalan raya, jenis jalan raya (bukit, tanah rata, becak, dsb), keadaan cuaca, dan lain-lain yang bersangkutan seperti pembaikan jalan raya, projek baru di tepi jalan raya, sikap dan tingkahlaku pengemudi-pengemudi lain, dan acara-acara besar di jalan raya.

Berdasarkan kepada kesemua ini, perasaan mengemudi yang tadinya menyeronokkan dan mengembirakan mempunyai kecenderungan untuk berubah menghasilkan pelbagai jenis rasa; masam, masin, tawar dan adakalanya pahit. Contohnya ialah sikap pengemudi-pengemudi yang lain. Ramai pengemudi yang tidak sabar. Contohnya di dalam kesesakan jalan raya disebabkan bilangan kenderaan yang banyak di persimpangan jalan yang dikawal oleh 'lampu isyarat'. Ketidaksabaran pengemudi yang kurang sabar menyebabkan mereka mengemudi di laluan yang tidak sepatutnya menyebabkan keadaan bertambah sesak. Mereka ini mempunyai pelbagai alasan terhadap ketidaksabaran mereka menyebabkan perasaan 'rasa tidak bersalah' begitu kuat dan dominan. Persoalannya, bagaimana kah ini boleh mewujudkan ketidakgembiraan di kalangan pengemudi yang sabar?

Oleh itu, mengemudi ini punya pengaruh yang besar terhadap kestabilan dalam diri individu, keluarga, masyarakat dan negara. Namun begitu, kesannya tidak begitu dirasai di sesetengah tempat disebabkan telah menjadi budaya, malahan menjadi satu kebanggaan kerana dapat mencapai alasan-alasan untuk tidak sabar tadi seperti anak sakit, punch kad, mesyuarat dan seumpamanya.

Mungkin kerana itulah turut mempengaruhi tindakan masyarakat ini dalam hal-hal yang lebih besar menyebabkan kesan pembangunan tidak meluas; hanya pada fizikal tetapi tidak pada tingkahlaku.

Potong