fungsinya sebagai 'penghubung' antara satu tempat ke satu tempat yang lain. Dengan itu, pelbagai usaha
telah dilakukan bagi memastikan 'jalan' tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Namun begitu, berlaku perubahan kepada ciri keselamatan tersebut apabila berlakunya
pertambahan bilangan 'orang' yang menggunakan jalan ini.
Perubahan yang utama ialah apabila sesebuah jalanan itu harus dikongsi oleh dua kenderaan yang menuju arah yang berbeza (ini adalah jalan selorong). Bagi keadaan ini, para pengguna jalan tersebut terpaksa menggunakan kemahiran mereka untuk mengelakkan pertembungan dengan kenderaan yang bertentangan disebabkan jalan tersebut telah dibahagi dua. Keadaan bertambah sukar
apabila terdapat pelbagai jenis kenderaan dari segi saiz, bentuk dan warna menyebabkan adakalanya tindakan
'memotong' perlu dilakukan. Ianya bertambah sukar bila jalan tersebut tidak lurus atau berbukit yang menyebabkan
para pengguna perlu membuat pertimbangan yang betul sebelum memotong.
![]() |
| sumber: https://www.facebook.com/lebuhrayatimurbarat/ |
Selain itu, terdapat juga jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong (lebuh raya). Keselesaan dan keluasan jalan tersebut
sepatutnya membantu pengguna untuk bertindak dengan betul bagi memastikan jalan adalah tempat yang selamat.
Namun demikian, terdapat pelbagai keadaan yang menyebabkan ianya tidak selamat. Pertama adalah berkaitan 'diri'
pengguna itu sendiri. Keselesaan dan keluasan jalan telah menyebabkan para pengguna membuat keputusan yang kurang
tepat dan adakalanya berlaku kecuaian di sana sini. Sikap ini memberi kesan kepada pengguna yang lain dan meningkatkan lagi
risiko tidak selamat.
Berdasarkan senario tersebut, dapat disimpulkan bahawa tempat yang dulunya adalah selamat telah bertukar menjadi tempat yang tidak
selamat terutama sekali di negara ini. Kata-kata seperti 'jalan adalah sungai maut' dan jalan raya penyumbang utama kepada maut seringkali
terpampang di media massa. Oleh itu, tindakan lanjut perlu dilakukan bagi memahami perubahan ini dan seterusnya
mengembalikan semula kenyataan berkaitan 'jalan adalah tempat yang selamat'.
