Tuesday, April 3, 2018

Berturap-turap

Cerita tentang jalan.

Jalan
Jalanan
Perjalanan

Perkataan yang menunjukkan tentang jalan iaitu sebagai satu laluan kepada sesuatu yang ingin lalu. Bezanya adalah dari segi saiz dan kualiti jalan itu.

Jalan
Jalan raya
Lebuh raya

bermula dengan jalan 'grouble' yang becak ketika hujan dan berdebu di musim panas.
Jalan tersebut telah dilapisi dengan batu-batu kecil agar ianya sesuai sepanjang masa.
Kemudian jalan tersebut telah diturap dan kegembiraan terserlah semasa memandu di jalan berturap.

tetapi gelisah dan resah apabila jalan berturap itu telah diturap berkali-kali menyebabkannya tidak rata
dan lagi risau bila jalan berturap-turap itu dihiasi dengan lubang di sana sini.

Kesimpulannya ialah jalan berturap itu bagus, tetapi bila jalan berturap-turap dan berlubang di sana sini para pemandu terpaksa menanggung pelbagai kos tambahan dan pertambahan masa perjalanan.


No comments:

Post a Comment

Potong